Produk

Herbal Aloe: Concentrated Aloe Vera Mix.

Herbal Aloe: Concentrated Aloe Vera Mix





 Herbal Aloe Concentrate dari Herbalife berasal dari pokok lidah buaya yang ditanam sendiri di ladang milik syarikat Herbalife di Mexico.

 Manfaat lidah buaa yang sudah dikenali secara umum adalah sebagai solusi alami untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan sistem pencernaan dan pembuangan (sembelit)

 Di samping itu, hasil penelitian di Amerika Syarikat pada tahun 1991 menyatakan bahawa lidah buaya dapat menekan pertumbuhan virus HIV hingga 30% - Journal of Advancement Medicine juga mengatakan bahawa jus lidah buaya mampu menahan jangkitan dan meningkatkan kekebalan sistem imuniti.

 Journal of American Pediatric Medical Association menjelaskan manfaat lain lidah buaya sebagai pencengan pembengkakkan sendi dan membantu penyembuhan luka.

 Penggunaanya yang utama adalah untuk proses detoksifikasi racun dan sisa metabolismabadan. menyegarkan vili-vili usus dan membantu penyerapan nutrisi dengan cepat dan juga memperbaiki gangguan pencernaan.

 Cara penggunaan campurkan 15mL Herbal Aloe ke dalam segelas air kosong yang diminum pagi dan malam hari.


Formula 1 (Nutritious Mixed Soy Powder Drink).
Formula 1 (Nutritious Mixed Soy Powder Drink)



Asas Nutrisi Selular dan Pengurusan Berat Badan. 
 Pengedar dan pelanggan di seluruh dunia sudah mengetahui tentang Formula 1 Nutritious Mixed Soy Drink sebagai cara efektif untuk menguruskan berat badan, dan sekarang perubatan dan sains juga turut menyokong penggunaan produk-produk pengantian makanan seperti ini. 

 Satu artikel dari Arkib Perubatan Dalaman melaporkan penyelidik-penyelidik dari Sekolah Perubatan Universiti of Nevada mengkaji pengantian makanan dan membuat kesimpulan bahawa cara pengantian makanan ini adalah cara terbaik dan efektif untuk mencapai berat badan yang terbaik atau ideal untuk semua orang. 

  Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink dirumus bertujuan sama ada untuk:
  • Mengawal berat badan anda dengan Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM , atau
  • Memperolehi tubuh badan yang sihat dengan nutrisi selular.
  • Rumusan unik protein soya ini mengabungkan karbohidrat, lemak sihat, vitamin, mineral dan herba khusus bagi tubuh badan anda mencapai tahap kesihatan yang terbaik dan menstabilkan berat badan pada tahap ideal. 

 Formula ini dicipta untuk mengantikan 2 kali hidangan anda sehari jika anda ingin menurunkan berat badan dengan memberikan tubuh anda dengan nutrisi yang lengkap dan seimbang. Ini menjadikan program pengurusan berat badan Shapeworks menjadi sangat berkesan. 

 Untuk mereka yang perlukan makanan tambahan di samping makanan yang mereka ambil, shake penuh nutrisi ini boleh diambil setiap hari atau sebagai pengantian agar tubuh anda mendapat semua nutrisi penting untuk mencapai kesihatan keseluruhan. 

 Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink boleh dicampur dengan susu tanpa lemak, air soya atau jus buah-buahan untuk menjadikan bancuhan shake yang lazat. Anda juga boleh mencipta resipi shake anda sendiri dengan mencampurkan buah-buahan segar dan rempah. Untuk penerangan lanjut, baca label. 

 Formula 1 ditawarkan dalam 5 perasa: 
  • French Vanilla 
  • Tropical Fruit 
  • Dutch Chocolate 
  • Cappucino 
  • Strawberry 

· 
 Pengurusan berat badan yang selamat dan berkesan.
 Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink telahpun dicipta dengan formula sains berteknologi tinggi sebagai penganti makanan untuk membekalkan tubuh badan kita dengan nutrisi utama untuk pengurusan berat badan, membekalkan tenaga yang kita perlukan seharian, meningkatkan stamina atau daya tahan dan ketumpatan otot. 

 Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink boleh digunakan dengan produk Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM yang lain dan juga semua produk-produk nutrisi tambahan Herbalife yang lain. 

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink telah menjadi produk utama Herbalife di titik permulaan sejarah Herbalife. Penubuhan Herbalife oleh Mark Hughes, yang pada permulaannya menjual produk ini daripada bonet keretanya. Hari ini, Formula 1 menjadi produk pilihan terbaik di dunia. 

Fakta Pintas:

  • Mengenyangkan, memberikan kepuasan mutlak dan membekalkan tenaga. 
  • Setiap hidangan mengandungi 8.65 grams protein soya. 
  • Kaya dengan serat-serat makanan. 
  • Mengandungi pelbagai vitamin dan mineral termasuklah anti-kotoran penting Vitamin A, C dan E. 


Fakta Nutrisi:

 Saiz Hidangan: 2 Sudu Besar (25g) 
 Hidangan untuk Sebekas: 22


Bahan-bahan: 
 Protein soya pencilan, fruktosa, lecitin soya, minyak soya, gamguar, serabut oat, perisa biskut, bran jagung, kalsium sitrat, fruktooligosakarida, selulosa, protein susu, silicon dioksida, dekstrosa, kalium fosfat karagenan, gam xantan, vanilla, magnesium oksida, minyak kanola, asid askorbik, ferus fumarat, sitrus pectin, serbuk madu, dl-alfa tokorefil asetat, niasinamida, serbuk pasli, serbuk campuran papaya, zink oksida, kuprum glukonat, vitamin A palmitat, asid pantotenik, vitamin D, campuran antioksidan (dl-alfa tokoferil asetat, askorbil palmitat, lesitin), piridoksida hidroklorida, sianokobalamina, mangan karbonat, riboflavin, tiamina, asid folik, kalium iodide, natrium selenit, biotin dan juga mengandungi kondisioner makanan dan bahan perisa yang dibenarkan. 

Arahan: 
 Hanya kisar atau kacaukan 2 sudu besar (25gram) ShapeworksTM Formula 1 dengan 240ml susu tanpa lemak, jus atau minuman kegemaran. 

Untuk kesihatan keseluruhan: 
 Disyorkan untuk menganti satu hidangan setiap hari dengan shake lazat ShapeworkTM Formula 1. 

Untuk pengurusan berat badan: 
 Disyorkan untuk menganti dua hidangan dengan shake lazat ShapeworkTM Formula 1. 

Untuk hasil Maksimum: 
 Gunakan produk ini bersama-sama dengan ShapeWorksTM Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder. 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mengesan, merawat, mengubat atau mengelakkan sebarang penyakit, ia cuma masuk akal bahawa apabila kita memberikan nutrisi dan zat-zat makanan yang lengkap kepada tubuh badan kita, ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa ini akan berfungsi baik untuk melawan atau menghindar penyakit dengan amat berkesan.


Formula 3 (Blended Soy and Whey Protein Powder).

Formula 3 (Blended Soy and Whey Protein Powder)


Kunci kepada pengekalan berat badan jangka panjang. 

  Protein, khususnya blok-blok Pembina protein yang dipanggil “asid amino”, ialah komponen penting didalam setiap sel dalam badan. Sel sistem imun, kulit, rambut dan otot semuanya bergantung kepada protein untuk berfungsi dan tumbuh dengan betul. 

 Ramai orang yang berdiet kerap mengurangkan pengambilan protein untuk mengurangkan kalori dan mengekalkan berat badan. Ini boleh membawa kepada kelemahan yang bukan sahaja menganggu kesihatan, tetapi juga boleh mencetuskan ketidakseimbangan nutrisi dalam badan anda yang boleh memperlahankan pengurusan berat badan dan akhirnya membawa kepada penambahan berat badan, satu keadaan yang dirujuk sebagai “yo-yo diet”. 

 Untuk mengelakkan diri daripada mengalami “yo-yo diet”, anda perlu memberikan badan anda dengan nutrisi yang lengkap dan salah satu nutrisi terpenting ialah protein. 

Berita baik untuk orang yang berdiet:

  Menambah tambahan serbuk Protein ke dalam Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink mempertingkatkan pengambilan protein tanpa menambah lemak ekstra atau kalori dari karbohidrat. 

Pengurusan berat badan dengan kuasa protein: 

 Satu atau tiga sudu besar rata serbuk ini sehari boleh menambah sehingga 15 gram protein berkualiti tinggi. Ini akan menambahkan rasa kenyang dan membantu pengambilan protein yang mencukupi. 

Impian ahli bina badan:

 Untuk pengangkat berat, Blended Soy and Whey Protein Powderialan pilihan yang sangat baik untuk membantu meningkatkan pengambilan protein. Pengangkat berat boleh mengunakan Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Powder, tambahkan susu, buah dan dua sudu besar Blended Soy and Whey Protein Powder dan dengan mudah mencapai 25 gram protein seperti yang disyorkan untuk shake pengantian selepas senaman. 

Pelbagai kegunaan:

 Blended Soy and Whey Protein Powder adalah amat sesuai untuk dicampurkan dengan shake, minuman, sup dan kuah pasta. Ia mudah larutdalam minuman panas atau sejuk, menjadikan makanan itu hidangan yang lengkap. 

Gabungkan dengan produk-produk lain:

 Blended Soy and Whey Protein Powder boleh digunakan bersama Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM dan keseluruhan keluaran produk-produk Herbalife yang lain. 

Tahukah Anda? 

Menurut United States Food and Drug Administration, soya memberikan profil protein yang sempurna. Kacang soya mengandungi semua asid amino yang penting untuk nutrisi manusia, yang mesti dibekalkan dalam diet kerana badan manusia tidak boleh menghasilkannya. Produk-produk protein soya boleh digantikan dengan makanan berasakan haiwan – yang juga mempunyai protein sempurna tetapi lebih cenderung untuk mengandungi banyak lemak, terutamanya lemak tepu – ini mengakibatkan kita terpaksa melakukan banyak penyesuaian untuk diet-diet yang lain. Blended Soy and Whey Protein Powder juga mengandungi protein soya yang berkualiti tinggi. 

Fakta Pintas:

  • Membantu mengekalkan pengambilan protein yang cukup dan mengikut kuantiti yang disyorkan 
  • Mengandungi lebih kurang 5 gram protein bagi setiap sudu besar. 
  • Turut mengandungi protein soya, mengandungi isoflavona yang penting untuk nutrisi yang sihat. 
  • Mengandungi whey protein, satu sumber cystine dan methionine, yang mana penting untuk penjagaan otot. 
  • Tidak mengandungi lemak, gula, karbohidrat, yis, kolesterol, garam, laktosa, pemanis atau pewarna tiruan. 
  • Sesuai dicampurkan sama ada dalam minuman, panas mahupun sejuk. 

Bahan-bahan: 

 Protein soya isolate, pati protein whey, perasa asli dan silikon dioksida dan mengandungi kondisioner makanan dan bahan perisa yang dibenarkan. 

Cadangan Hidangan: 

 Satu sudu besar (satu hidangan) membekalkan 5 grams protein. Ambil 2 hingga 4 hidangan setiap hari. Formula tidak berperasa dan tidak dimaniskan ini amat sesuai dicampurkan bersama dengan shake Formula 1 atau dikacau di dalam makanan dan minuman lain, termasuklah makanan bijirin, yogurt, sos dan sup. 

Untuk hasil terbaik:

 Wanita sepaturnya mencampurkan 1 hingga 2 sudu besar (10 gram protein) Blended Soy and Whey Protein Powder ke dalam setiap ShapeWorksTM Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink dan untuk lelaki, campurkan 2 hingga 3 sudu besar (15 gram protein).

*Produk ini tidak bertujuan untuk mengesan, merawat, mengubat atau mengelakkan sebarang penyakit, ia cuma masuk akal bahawa apabila kita memberikan nutrisi dan zat-zat makanan yang lengkap kepada tubuh badan kita, ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa ini akan berfungsi baik untuk melawan atau menghindar penyakit dengan amat berkesan.


Tea Mix.

Tea Mix Lemon and Hibiscus & Tea Mix with Hibiscus


 Minuman herba yang menyegarkan, pembakar lemak terbaik. Secawan bersamaan dengan 20 minit senaman erobik!!

 Berkurun lamanya orang telah menikmati kebaikan teh panas dan sejuk. Salah satu daripada minuman yang paling digemari di dunia, teh boleh menenangkan, menyegarkan, merangsangkan, mententeramkan dan mengembirakan bergantung kepada apa jenis teh yang anda pilih. 

 Teh adalah minuman yang menyegarkan dan snek sambil menunggu hidangan seterusnya. Hakikatnya, teh hijau yang menjadi bahan utama dalam Tea Mix, boleh menolong untuk melindungi badan kita daripada radikal bebas, dan ia juga amat berkesan membantu kita melangsingkan badan.

 Ia membekalkan polyphenols dengan agen pembersihan dan lain-lain manfaat yang menyihatkan di samping khasiat yang merangsangkan. 

 Kajian telah mendapati Teh Hijau, salah satu daripada minuman tertua yang diketahui manusia, boleh mempercepatkan pembakaran kalori dan lemak disamping memainkan peranan penting dalam pengawalan komposisi badan. 

 Penyelidik di University of Geneva di Switzerland mengkaji 10 lelaki muda yang sihat untuk enam minggu dan mendapat keputusan yang mana mengambil ekstrak teh hijau membakar lebih banyak kalori berbanding yang tidak mengambilnya. Penyelidik mempercayai sebatian teh hijau yang dipanggil flavonoids mungkin akan mengubah cara badan mengunakan hormon yang digelar norepinephrine, yang mana mempercepatkan pembakaran kalori.

 Ambil Tea Mix setiap hari dan secara otomatik anda telahpun membekalkan tubuh anda dengan teh hijau! 
Teh juga boleh membantu anda mencapai matlamat pengurusan berat badan anda. Terdapat sejenis teh yang boleh berbuat demikian dengan cara yang efektif dan dengan mengabungkan keajaiban herba purba dengan teknologi moden hari ini, Herbalife telah menghasilkan ShapeWorksTM Tea Mix.

  Minuman teh lazat ini sangat sesuai untuk diminum diantara waktu makan dan ia memberikan rasa kenyang dan memberikan tenaga segera. Teh ini akan mengurangkan rasa ketagihan terhadap kudapan atau makanan ringan yang biasanya berkalori tinggi dan akan menyebabkan kegemukkan. ShapeWorksTM Tea Mix bukan hanya untuk orang berdiet. Ia juga untuk orang yang mahukan keseronokan meminum minuman yang menyegarkan, baik untuk tubuh dan kerohanian mantap. (juga terdapat dalam bekas 50g atau 100g.)
Kombinasikan dengan produk lain.
ShapeWorksTM Tea Mix amat sesuai untuk dikombinasikan dalam Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM dan dengan semua produk-produk nutrisi yang lain.

Tahukah anda? 

 Teh hijau adalah minuman purbakala selain air yang diminum oleh kebanyakan umat manusia di seluruh dunia. Minuman yang biasa ini telahpun di berikan nilai yang amat tinggi berkurun-kurun lamanya disebabkan oleh kebaikannya terhadap kesihatan. Ia kaya dengan agen pembersihan badan, yang mana membantu melindungi badan kita dari kotoran dan kesan yang membahayakan.

Fakta Ringkas:
  • Minuman yang menyeronokkan, diadunkan dengan 5 bahan tumbuhan semulajadi.
  • Setiap hidangan bebas dari sebarang kalori.
  • Sangat enak diminum sejuk ataupun panas.
  • Melengkapkan Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM.
Bahan-bahan:

 Maltodextrin, fruktosa, ekstrak orange pekoe, ekstrak tea hijau, ekstrak kupasan lemon, ekstrak biji cardamom, ekstrak malva sylvestris dan serbuk bunga raya dan mengandungi kondisioner makanan yang dibenarkan. 

Arahan: 

 Campurkan 1/2 sudu teh (lebih untuk memenuhi keperluan rasa anda) ShapeWorksTM Tea Mix dengan 200ml hingga 240ml air sejuk atau panas dan nikmatilah ia (berbentuk serbuk yang sangat halus dan amat mudah untuk larut.)

*Produk ini tidak bertujuan untuk mengesan, merawat, mengubat atau mengelakkan sebarang penyakit, ia cuma masuk akal bahawa apabila kita memberikan nutrisi dan zat-zat makanan yang lengkap kepada tubuh badan kita, ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa ini akan berfungsi baik untuk melawan atau menghindar penyakit dengan amat berkesan.

No comments:

Post a Comment