Assalamualaikum.
Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan kepada para pembaca yang sudi meluangkan masa untuk singgah di blog ini. saya merupakan pengedar bebas produk kesihatan Herbalife dan tujuan saya menerbitkan blog ini adalah untuk berkongsi tips kesihatan kepada para pembaca. sedikit pengenalan mengenai diri saya, saya merupakan pelajar tahun ke-3 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Gemuk itu penyakit!
Like seriously benda ni selalu terjadi pada golongan yang 'comel dan gebu' ahaa! ada tak di antara korang yang pernah merasa pengalaman pujian dalam sindiran. pujian dalam sindiran? acane tu johan? hehe.
Contohnya korang terserempak dengan kawan korang dekat pusat membeli-belah lalu dengan niat yang suci murni berjalan menghampirinya untuk bertegur sapa.
Korang: Hei Saripah apa kau buat dekat sini? lama tak jumpa kau! *muka eksaited*
Saripah: Wahhhh Rokiah tak sangka boleh jumpa kau dekat sini! hamboi hamboi hamboi *gaya Azwan Ali* makin sihat aku tengok kau! hehehe.
Korang: *diam sekejap* (dalam hati rasa nak pelempang laju-laju!)
Perkataan 'sihat' yang disemburkan dekat muka korang tadi sebenarnya bukanlah pujian tetapi lebih kepada sindiran. hairan bukan? mentaliti masyarakat Malaysia segelintirnya tidak peka dan sensitif dengan perasaan orang lain. memanglah bagi mereka itu hanya gurauan semata-mata. tetapi kesan psikologi itu berbekas kepada mereka yang menerima 'pujian' berbaur sindiran itu. kan? kan? kan?
![]() |
16.8 juta rakyat Malaysia menghidap obesiti hampir separuh penduduk Malaysia! |
Mungkin ada di antara korang yang 'comel dan gebu' ni akan cakap:
''alah biarlah dia saja je melawak dengan aku yang kau ni nak sibuk kenapa? dia kawan baik aku kot sepuluh tahun aku kenal dia. aku gemuk pun janji tak ada penyakit kira oklah kan?''
Bila ada di antara korang yang berfikiran seperti ini sebenarnya korang letakkan diri korang dalam zon bencana. banyak lagi akan saya bakal kongsikan dengan anda kenapa gemuk itu penyakit.
![]() |
Kita tak patut berbangga dengan masalah obesiti yang menular di Malaysia! |
Jom bersama saya kita lawan obesiti! Malaysia tak nak obesiti! ;)
![]() |
Lose weight ask me how! :D |
No comments:
Post a Comment