Wednesday 14 November 2012

Basal Metabolic Rate (BMR)


 Basal Metabolic Rate (BMR ).Apa kaitan dengan kalori?

 Apabila kita mula menimbang dan mendapatkan analisis badan, pasti antara salah satu keputusan yang bakal diperolehi ialah BMR badan kita. Namun, tahukah kita apakah dia BMR itu sebenarnya?




 BMR merupakan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan kita semasa badan dalam keadaan berehat ataupun semasa tidur. Selain itu, BMR juga bermaksud kadar kalori paling minimum yang diperlukan bagi memastikan setiap otot atau organ badan berfungsi. Ini menunjukkan bahawa sungguhpun badan sedang bersenang-lenang tidur atau berehat, tenaga masih lagi diperlukan dan diguna pakai. 

 Namun, kadar BMR ini adalah berbeza-beza antara seseorang individu dengan yang lain bergantung kepada faktor umur, jantina, pekerjaan dan sebagainya...

 Akan tetapi, apabila umur kita semakin meningkat, kadar BMR juga bakal menurun. Ini adalah kerana lean body mass adalah kurang yang mana menyebabkan penurunan kadar BMR.

Tuesday 6 November 2012

Kolesterol: Kolesterol 'baik' vs. kolesterol 'jahat'.


 Ramai orang takut apabila memperkatakan mengenai kolesterol dan mula mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan paras kolesterol dalam badan. Namun begitu, tahukah anda perasaan takut mengenai kolesterol akan terus menghantui hidup anda seandainya anda masih tidak mampu mengamalkan cara hidup sihat?

Salur darah tersumbat berpunca dari kolesterol mampu membawa kepada penyakit jantung!


 Tetapi jangan bimbang kerana kata kuncinya mudah saja, anda hanya perlu mengamalkan diet atau pemakanan seimbang serta menjalani kehidupan aktif untuk mengawal paras kolesterol sekali gus mengawal berat badan.

 Nampak senang bukan? Namun sebenarnya dua perkara ini acapkali sukar dilakukan kerana kebanyakan kita sering terpengaruh dengan dorongan nafsu yang tinggi. Apatah lagi, Malaysia mempunyai kepelbagaian makanan termasuk jenis bergoreng dan bersantan, termasuk hidangan pencuci mulut seperti kek, coklat dan ais krim. Faktor kerap mengamalkan makanan tinggi lemak antaranya organ dalaman, daging merah, makanan laut dan telur kuning juga mampu menjadi faktor penyumbang terbesar kepada peningkatan paras kolesterol dalam darah.

 Namun bijakkah anda sekiranya menyalahkan faktor pemakanan apabila rawatan menunjukkan paras kolesterol anda melebihi daripada aras sepatutnya? Bukankah anda boleh memilih untuk menentukan tahap kesihatan sendiri dan bukannya orang lain?

 Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pusrawi, Nurul Farhanah Md Fozi, anda adalah apa yang anda makan dan tiada jalan pintas untuk mendapat kesihatan sempurna melainkan menerusi pemakanan seimbang dan menjalani kehidupan aktif.

 Kata-kata ini memang ada benarnya kerana punca utama sesuatu penyakit itu biasanya daripada pemakanan dan masalah pemakanan ini boleh dikawal menerusi pendedahan kesihatan serta disiplin diri yang tinggi. Oleh itu, pengawalan pemakanan individu perlu selari dengan prinsip makanan seimbang dan sihat mengikut piramid makanan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 Ramai sering beranggapan kolesterol hanya bersifat 'jahat' kerana membawa kemusnahan pada tubuh walhal pada dasarnya, kolesterol adalah sejenis bahan molekul lekit, seakan-akan lemak yang terdapat secara semula jadi dalam aliran darah serta sel tubuh badan. Kolesterol ini juga penting kerana menjadi sumber penghasilan sel tisu membran, hempedu, sesetengah hormon dan vitamin D dalam tubuh badan.

 Namun awas, aras kolesterol berlebihan juga boleh mendatangkan mudarat kerana berkemungkinan besar akan menyumbatkan dinding salur darah arteri lalu menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan dan terganggu. Keadaan sebegini amat merbahaya kerana boleh mengakibatkan berlakunya serangan jantung koronari.

Kolesterol 'jahat' inilah yang sebenarnya melekat pada salur darah kita!


 Menurutnya, molekul kolesterol darah ini berasal daripada dua sumber iaitu sintesis tubuh badan (melalui hati dan usus) dan juga diet harian seseorang. Kolesterol terbahagi kepada dua jenis iaitu kolesterol 'baik' dan 'jahat'. Kolesterol jenis lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) adalah sejenis 'kolesterol baik' yang akan membawa kolesterol dari seluruh saluran darah ke organ hati kemudian hati akan memproses kolesterol untuk dikeluarkan dari tubuh.

 Lebih tinggi paras HDL, kolesterol yang tersimpan di dalam salur darah arteri akan berkurang dan ini akan melindungi fungsi dan tahap kesihatan jantung. Sebaliknya, 'kolesterol jahat' atau liporotein berketumpatan rendah (LDL) pula akan membawa kolesterol dari hati ke saluran darah di seluruh tubuh. Jadi, apabila semakin tinggi paras LDL di dalam badan, ini akan menyebabkan banyak kolesterol tersimpan di dalam salur darah.

 Ini memungkinkan pengumpulan dan penyumbatan kelompok kolesterol di dalam salur arteri seterusnya menghalang darah daripada mengalir lancar ke jantung. Hal ini meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan kematian mengejut.

Jom sihat! Tanya saya bagaimana. :D





Monday 5 November 2012

Kolesterol: Pengenalan kepada kolesterol.

Assalamualaikum.

Perbandingan antara salur darah yang sihat dan salur darah yang dilitupi dengan kolesterol.

 Kolesterol, salah satu bahan yang menjadi punca utama kepada masalah penyakit jantung. Apabila kandungannya tinggi di dalam darah, ia berpotensi melekat pada dinding salur darah. proses ini dikenali sebagai atherosclerosis. Sekirannya berlaku pada arteri (salur darah) yang ke jantung, kesannya adalah penyakit jantung. Apabila berlaku di otak, kesannyaadalah strok. Selain dari jantung, kolesterol juga dikaitkan dengan masalah pendengaran, penglihatan dan juga kecerdasan minda seseorang penyediaan nutrient dan oksigen yang tidak mencukupi untuk organ-organ tersebut. 

Jom hidup sihat. tanya saya bagaimana. :D

Sunday 4 November 2012

Herbal Aloe: Concentrated Aloe Vera Mix

Herbal Aloe: Concentrated Aloe Vera Mix



 Herbal Aloe Concentrate dari Herbalife berasal dari pokok lidah buaya yang ditanam sendiri di ladang milik syarikat Herbalife di Mexico.

 Manfaat lidah buaa yang sudah dikenali secara umum adalah sebagai solusi alami untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan sistem pencernaan dan pembuangan (sembelit)

 Di samping itu, hasil penelitian di Amerika Syarikat pada tahun 1991 menyatakan bahawa lidah buaya dapat menekan pertumbuhan virus HIV hingga 30% - Journal of Advancement Medicine juga mengatakan bahawa jus lidah buaya mampu menahan jangkitan dan meningkatkan kekebalan sistem imuniti.

 Journal of American Pediatric Medical Association menjelaskan manfaat lain lidah buaya sebagai pencengan pembengkakkan sendi dan membantu penyembuhan luka.

 Penggunaanya yang utama adalah untuk proses detoksifikasi racun dan sisa metabolismabadan. menyegarkan vili-vili usus dan membantu penyerapan nutrisi dengan cepat dan juga memperbaiki gangguan pencernaan.

 Cara penggunaan campurkan 15mL Herbal Aloe ke dalam segelas air kosong yang diminum pagi dan malam hari.

Apa itu Herbalife?




 Herbalife adalah pemimpin dalam membangunkan produk pengurusan berat badan terkini, pemakanan dan juga penjagaan personal. Teknologi terkini digunakan dalam mencipta formula untuk setiap keperluan - sama ada berkaitan dengan jantina, umur, atau badan badan yang khusus, Produk-produk ini diasaskan dari kemajuan sains makanan, suplimentasi mikronutrien dan sains herbal. Ia dihasilkan untuk meningkatkan kualiti hidup anda dan penyediaan kepada kesihatan masa hadapan.
Dengan menyatukan kebaikan semulajadi dan sains terkini, Herbalife adalah yang paling termaju dalam memaksimumkan kesihatan diri.

 Diasaskan pada 1980, Herbalife International adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan terunggul yang mengkhusus dalam mempermudahkan ke arah kehidupan yang sihat telah mencecah 32 tahun (2012). Lama bukan? telah berada di 70+ buah negara dan masih lagi bertambah pada setiap tahun
60Juta pelanggan yang berpuas hati dan masih lagi bertambah. Mungkin anda juga akan menjadi pelanggan yang berpuas hati selepas ini. Disenaraikan dalam bursa saham NYSE. Bukan mudah untuk sesuatu syarikat disenaraikan di bursa saham NYSE. Hanya syarikat yang berprestij dan mantap sahaja yang mampu menyenaraikan diri dalam bursa saham NYSE. Kalau anda tak percaya, anda boleh layari internet dan cari tentang NYSE.Lembaga Penasihat Saintifik dan Perubatan.No 1 syarikat pengurusan berat badan di serata dunia. Malaysia telah berjaya mendapat tempat yang kesembilan di antara 70 buah negara!

Mark Hughes


 Ia bermula dengan tragik. Ibu kepada Mark Hughes, pengasas Herbalife, menjadi ketagihan kepada pil diet yang dibenarkan dan meninggal dunia akibat pengambilan berlebihan. Sungguhpun Mark hanya berumur 18 tahun, beliau bertekad mencari jalan untuk membantu kesihatan pengguna melalui pemakanan yang baik serta mencipta program pengurangan berat badan yang selamat dan berkesan. Setelah beberapa lama melalui proses pengkajian dan pembangunan, Mark melancarkan Herbalife untuk memenuhi misi menjadikan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan badan dapat dinikmati oleh semua orang di dunia ini.

 Produk Herbalife yang inovatif dihasilkan oleh para saintis, doktor dan pakar pemakanan dengan mengambil kira kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Walaupun produk Herbalife berformulakan semulajadi untuk kesejahteraan seumur hidup dan mudah diperolehi, namun janji untuk peluang perniagaan pastinya memberikan ganjaran kewangan yang menguntungkan.

 Lembaga Penasihat Saintifik Herbalife, Kumpulan Perhubungan Perubatan dan Lembaga Penasihat Perubatan adalah tenaga utama di belakang kejayaan industri Herbalife. Kumpulan pakar saintifik inilah yang mengarah pembangunan produk Herbalife menerusi kajian dan pengujian produk, agar kualiti Herbalife mampu mencapai standard yang ditentukan oleh industri pada masa kini.

 Dengan kumpulan yang melebihi satu juta pengedar bebas menjual produk Herbalife di melebihi 70 buah negara di seluruh dunia ( dan jualan retail sebanyak $1.8 billion), anda boleh pastikan yang anda mempunyai sokongan untuk berjaya.

 Capailah sasaran anda bersama kami yang komitmen dengan kesihatan dan keberhasilan anda. Pembimbing Herbalife membantu dalam memilih produk terbaik, memberikan solusi dan dukungan berkelanjutan selama perjalanan anda menuju pada kesehatan yang jauh lebih baik.

3 Langkah penggunaan Herbalife:
  •  Gunakan secara disiplin, Kami akan bantu dalam memilih produk. 

  • Rasakan manfaatnya, kesihatan yang prima dengan nutrisi seimbang merupakan pelaburan yang sangat berharga dibandingkan dengan kekayaan lainnya.

  • Bicarakan hasilnya, Sampaikan kepada saudara, sahabat, teman dan tetangga akan hasil yang anda capai.. kerana mampu jadi ini adalah “sedekah/ amal saudara” agar hasil anda lebih bermandaat untuk orang lain.


 Program Pengurusan Berat Badan Terbaik di Dunia.Herbalife telah membina pasukan pengurusan peringkat atasan yang matlamat utamanya adalah untuk memastikan syarikat menjadi jenama nombor satu pengurusan berat badan dan nutrisi di dunia. Kumpulan penting ini membawa bersamanya pengalaman antarabangsa dan kekayaan kepakaran ke Herbalife. Mereka pernah memegang kedudukan eksekutif dalam beberapa syarikat global yang ulung di dunia. 

 Kredibiliti Saintifik.Herbalife telah mengumpulkan sebuah pasukan yang terdiri daripada saintis, ahli perubatan dan pakar nutrisi terkenal yang membawa era baru dalam syarikat. Membawanya ke satu tahap yang tiada tandingannya dalam industri dan memperoleh rasa hormat alam komuniti saintifik sedunia. 

 Kumpulan lelaki dan perempuan yang hebat ini - yang kebanyakannya bersekutu dengan universiti yang cemerlang, berada di belakang produk dan program inovatif Herbalife yang merevolusikan industri pengurusan berat badan dan nutrisi. Produk dan program seperti Niteworks yang dirumuskan oleh Pemenang Hadiah Nobel Dr, Louis Ignarro dan Shapeworks, program pengurusan berat badan peribadi yang dibangunkan menggunakan kajian yang dijalankan oleh Dr. David Heber, salah seorang pakar terkemuka dalam bidang-bidang pengurusan berat badan dan nutrisi, adalah hanya beberapa contoh bagaimana syarikat menerajui bidang pemajuan sains nutrisi. 

 Herbalife Hari Ini dan Esok. Daripada produk-produk pengurusan berat badan dan nutrisi yang maju dari segi saintifik sehinggalah pendekatan peribadi yang pengedar Herbalife tawarkan kepada para pelanggan mereka, Herbalife sentiasa komited untuk memperbaiki kehidupan dan memberikan inspirasi kepada masa depan melalui formula-formula perintis dan peluang-peluang bisnes berkembang maju. Dengan lebih daripada dua dekad kejayaan dan berjuta-juta pelanggan yang berpuas hati yang berada di belakangnya, Herbalife mencipta dunia yang lebih sihat - satu orang pada satu masa.

 Mengetahui sejarah Herbalife melengkapkan separuh daripada penyampaian anda kepada pelanggan. Mark Hughes, yang mengasaskan Herbalife lebih daripada 25 tahun dahulu, telah pergi ke China untuk belajar dengan pakar herba supaya beliau boleh mencipta produk-produk yang sebolehnya paling berkesan. 

 Kami komited terhadap kualiti produk dan selalu merujuk kepada pengedar-pengedar yang selalu memberi maklumbalas penting daripada pengalaman peribadi mereka dan daripada pelanggan-pelanggan. Dengan berbuat demikian, kami boleh membawa produk-produk ke pasaran yang memenuhi keperluan para pelanggan hari ini dan sentiasa meninjau dan mengkaji keperluan pelanggan-pelanggan masa depan. 
samada anda menyampaikan produk pengurusan berat badan Herbalife, supplimen kesihatan atau produk nutrisi luaran, anda boleh rasa yakin bahawa barangan ini mempunyai sokongan kekuatan syarikat yang mempunyai tradisi lama dalam memfokuskan gaya hidup yang sihat untuk semua. 

 Kelebihan Herbalife.Kajian sains di sebalik kejayaan. Doktor sains dan ahli nutrisi yang ternama di AS menjadi anggota Lembaga Penasihat Perubatan dan Saintifik Herbalife, untuk memastikan produk-produk Herbalife mencapai atau melebihi piawaian paling tinggi yang boleh dicapai. 

 Keseimbangan alam semulajadi dan sains menggabungkan bahan-bahan semulajadi dengan teknologi sains membolehkan Herbalife mencipta suplemen harian perlu yang kaya dengan protein tambahan yang dialu-alukan untuk sebarang gaya hidup. 

 Bahan-bahan Herbalife .Hanya bahan-bahan yang diperoleh daripada sumber semulajadi yang paling tinggi kualitinya dari setiap pelosok dunia dimasukkan dalam produk-produk Herbalife. 

 Produk yang mudah diguna dan dibawa ke mana-mana. Ini adalah produk-produk yang tepat untuk anda dan pelanggan-pelanggan anda, samada untuk mengurangkan berat badan, mengekalkan berat atau seboleh-bolehnya menjadi sihat atau gembira. 

Lose weight ask me how!

Tea Mix

Tea Mix Lemon and Hibiscus & Tea Mix with Hibiscus

 Minuman herba yang menyegarkan, pembakar lemak terbaik. Secawan bersamaan dengan 20 minit senaman erobik!!

 Berkurun lamanya orang telah menikmati kebaikan teh panas dan sejuk. Salah satu daripada minuman yang paling digemari di dunia, teh boleh menenangkan, menyegarkan, merangsangkan, mententeramkan dan mengembirakan bergantung kepada apa jenis teh yang anda pilih. 

 Teh adalah minuman yang menyegarkan dan snek sambil menunggu hidangan seterusnya. Hakikatnya, teh hijau yang menjadi bahan utama dalam Tea Mix, boleh menolong untuk melindungi badan kita daripada radikal bebas, dan ia juga amat berkesan membantu kita melangsingkan badan.

 Ia membekalkan polyphenols dengan agen pembersihan dan lain-lain manfaat yang menyihatkan di samping khasiat yang merangsangkan. 

 Kajian telah mendapati Teh Hijau, salah satu daripada minuman tertua yang diketahui manusia, boleh mempercepatkan pembakaran kalori dan lemak disamping memainkan peranan penting dalam pengawalan komposisi badan. 

 Penyelidik di University of Geneva di Switzerland mengkaji 10 lelaki muda yang sihat untuk enam minggu dan mendapat keputusan yang mana mengambil ekstrak teh hijau membakar lebih banyak kalori berbanding yang tidak mengambilnya. Penyelidik mempercayai sebatian teh hijau yang dipanggil flavonoids mungkin akan mengubah cara badan mengunakan hormon yang digelar norepinephrine, yang mana mempercepatkan pembakaran kalori.

 Ambil Tea Mix setiap hari dan secara otomatik anda telahpun membekalkan tubuh anda dengan teh hijau! 
Teh juga boleh membantu anda mencapai matlamat pengurusan berat badan anda. Terdapat sejenis teh yang boleh berbuat demikian dengan cara yang efektif dan dengan mengabungkan keajaiban herba purba dengan teknologi moden hari ini, Herbalife telah menghasilkan ShapeWorksTM Tea Mix.

  Minuman teh lazat ini sangat sesuai untuk diminum diantara waktu makan dan ia memberikan rasa kenyang dan memberikan tenaga segera. Teh ini akan mengurangkan rasa ketagihan terhadap kudapan atau makanan ringan yang biasanya berkalori tinggi dan akan menyebabkan kegemukkan. ShapeWorksTM Tea Mix bukan hanya untuk orang berdiet. Ia juga untuk orang yang mahukan keseronokan meminum minuman yang menyegarkan, baik untuk tubuh dan kerohanian mantap. (juga terdapat dalam bekas 50g atau 100g.)
 
Kombinasikan dengan produk lain.
 
ShapeWorksTM Tea Mix amat sesuai untuk dikombinasikan dalam Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM dan dengan semua produk-produk nutrisi yang lain.

Tahukah anda? 

 Teh hijau adalah minuman purbakala selain air yang diminum oleh kebanyakan umat manusia di seluruh dunia. Minuman yang biasa ini telahpun di berikan nilai yang amat tinggi berkurun-kurun lamanya disebabkan oleh kebaikannya terhadap kesihatan. Ia kaya dengan agen pembersihan badan, yang mana membantu melindungi badan kita dari kotoran dan kesan yang membahayakan.

Fakta Ringkas.
  • Minuman yang menyeronokkan, diadunkan dengan 5 bahan tumbuhan semulajadi.
  • Setiap hidangan bebas dari sebarang kalori.
  • Sangat enak diminum sejuk ataupun panas.
  • Melengkapkan Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM.
Bahan-bahan. 

 Maltodextrin, fruktosa, ekstrak orange pekoe, ekstrak tea hijau, ekstrak kupasan lemon, ekstrak biji cardamom, ekstrak malva sylvestris dan serbuk bunga raya dan mengandungi kondisioner makanan yang dibenarkan. 

Arahan. 

 Campurkan 1/2 sudu teh (lebih untuk memenuhi keperluan rasa anda) ShapeWorksTM Tea Mix dengan 200ml hingga 240ml air sejuk atau panas dan nikmatilah ia (berbentuk serbuk yang sangat halus dan amat mudah untuk larut.)

*Produk ini tidak bertujuan untuk mengesan, merawat, mengubat atau mengelakkan sebarang penyakit, ia cuma masuk akal bahawa apabila kita memberikan nutrisi dan zat-zat makanan yang lengkap kepada tubuh badan kita, ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa ini akan berfungsi baik untuk melawan atau menghindar penyakit dengan amat berkesan.

Formula 3 (Blended Soy and Whey Protein Powder)

Formula 3 (Blended Soy and Whey Protein Powder)

Kunci kepada pengekalan berat badan jangka panjang. 

  Protein, khususnya blok-blok Pembina protein yang dipanggil “asid amino”, ialah komponen penting didalam setiap sel dalam badan. Sel sistem imun, kulit, rambut dan otot semuanya bergantung kepada protein untuk berfungsi dan tumbuh dengan betul. 

 Ramai orang yang berdiet kerap mengurangkan pengambilan protein untuk mengurangkan kalori dan mengekalkan berat badan. Ini boleh membawa kepada kelemahan yang bukan sahaja menganggu kesihatan, tetapi juga boleh mencetuskan ketidakseimbangan nutrisi dalam badan anda yang boleh memperlahankan pengurusan berat badan dan akhirnya membawa kepada penambahan berat badan, satu keadaan yang dirujuk sebagai “yo-yo diet”. 

 Untuk mengelakkan diri daripada mengalami “yo-yo diet”, anda perlu memberikan badan anda dengan nutrisi yang lengkap dan salah satu nutrisi terpenting ialah protein. 

Berita baik untuk orang yang berdiet.

  Menambah tambahan serbuk Protein ke dalam Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink mempertingkatkan pengambilan protein tanpa menambah lemak ekstra atau kalori dari karbohidrat. 

Pengurusan berat badan dengan kuasa protein. 

 Satu atau tiga sudu besar rata serbuk ini sehari boleh menambah sehingga 15 gram protein berkualiti tinggi. Ini akan menambahkan rasa kenyang dan membantu pengambilan protein yang mencukupi. 

Impian ahli bina badan.

 Untuk pengangkat berat, Blended Soy and Whey Protein Powderialan pilihan yang sangat baik untuk membantu meningkatkan pengambilan protein. Pengangkat berat boleh mengunakan Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Powder, tambahkan susu, buah dan dua sudu besar Blended Soy and Whey Protein Powder dan dengan mudah mencapai 25 gram protein seperti yang disyorkan untuk shake pengantian selepas senaman. 

Pelbagai kegunaan.

 Blended Soy and Whey Protein Powder adalah amat sesuai untuk dicampurkan dengan shake, minuman, sup dan kuah pasta. Ia mudah larutdalam minuman panas atau sejuk, menjadikan makanan itu hidangan yang lengkap. 

Gabungkan dengan produk-produk lain.

 Blended Soy and Whey Protein Powder boleh digunakan bersama Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM dan keseluruhan keluaran produk-produk Herbalife yang lain. 

Tahukah Anda? 

Menurut United States Food and Drug Administration, soya memberikan profil protein yang sempurna. Kacang soya mengandungi semua asid amino yang penting untuk nutrisi manusia, yang mesti dibekalkan dalam diet kerana badan manusia tidak boleh menghasilkannya. Produk-produk protein soya boleh digantikan dengan makanan berasakan haiwan – yang juga mempunyai protein sempurna tetapi lebih cenderung untuk mengandungi banyak lemak, terutamanya lemak tepu – ini mengakibatkan kita terpaksa melakukan banyak penyesuaian untuk diet-diet yang lain. Blended Soy and Whey Protein Powder juga mengandungi protein soya yang berkualiti tinggi. 

Fakta Pintas.

  • Membantu mengekalkan pengambilan protein yang cukup dan mengikut kuantiti yang disyorkan 
  • Mengandungi lebih kurang 5 gram protein bagi setiap sudu besar. 
  • Turut mengandungi protein soya, mengandungi isoflavona yang penting untuk nutrisi yang sihat. 
  • Mengandungi whey protein, satu sumber cystine dan methionine, yang mana penting untuk penjagaan otot. 
  • Tidak mengandungi lemak, gula, karbohidrat, yis, kolesterol, garam, laktosa, pemanis atau pewarna tiruan. 
  • Sesuai dicampurkan sama ada dalam minuman, panas mahupun sejuk. 

Bahan-bahan. 

 Protein soya isolate, pati protein whey, perasa asli dan silikon dioksida dan mengandungi kondisioner makanan dan bahan perisa yang dibenarkan. 

Cadangan Hidangan. 

 Satu sudu besar (satu hidangan) membekalkan 5 grams protein. Ambil 2 hingga 4 hidangan setiap hari. Formula tidak berperasa dan tidak dimaniskan ini amat sesuai dicampurkan bersama dengan shake Formula 1 atau dikacau di dalam makanan dan minuman lain, termasuklah makanan bijirin, yogurt, sos dan sup. 

Untuk hasil terbaik.

 Wanita sepaturnya mencampurkan 1 hingga 2 sudu besar (10 gram protein) Blended Soy and Whey Protein Powder ke dalam setiap ShapeWorksTM Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink dan untuk lelaki, campurkan 2 hingga 3 sudu besar (15 gram protein).

*Produk ini tidak bertujuan untuk mengesan, merawat, mengubat atau mengelakkan sebarang penyakit, ia cuma masuk akal bahawa apabila kita memberikan nutrisi dan zat-zat makanan yang lengkap kepada tubuh badan kita, ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa ini akan berfungsi baik untuk melawan atau menghindar penyakit dengan amat berkesan.