Saturday, 3 November 2012

Formula 1 (Nutritious Mixed Soy Powder Drink)

Formula 1 (Nutritious Mixed Soy Powder Drink)


Asas Nutrisi Selular dan Pengurusan Berat Badan. 
 Pengedar dan pelanggan di seluruh dunia sudah mengetahui tentang Formula 1 Nutritious Mixed Soy Drink sebagai cara efektif untuk menguruskan berat badan, dan sekarang perubatan dan sains juga turut menyokong penggunaan produk-produk pengantian makanan seperti ini. 

 Satu artikel dari Arkib Perubatan Dalaman melaporkan penyelidik-penyelidik dari Sekolah Perubatan Universiti of Nevada mengkaji pengantian makanan dan membuat kesimpulan bahawa cara pengantian makanan ini adalah cara terbaik dan efektif untuk mencapai berat badan yang terbaik atau ideal untuk semua orang. 

  Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink dirumus bertujuan sama ada untuk:
  • Mengawal berat badan anda dengan Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM , atau
  • Memperolehi tubuh badan yang sihat dengan nutrisi selular.
  • Rumusan unik protein soya ini mengabungkan karbohidrat, lemak sihat, vitamin, mineral dan herba khusus bagi tubuh badan anda mencapai tahap kesihatan yang terbaik dan menstabilkan berat badan pada tahap ideal. 

 Formula ini dicipta untuk mengantikan 2 kali hidangan anda sehari jika anda ingin menurunkan berat badan dengan memberikan tubuh anda dengan nutrisi yang lengkap dan seimbang. Ini menjadikan program pengurusan berat badan Shapeworks menjadi sangat berkesan. 

 Untuk mereka yang perlukan makanan tambahan di samping makanan yang mereka ambil, shake penuh nutrisi ini boleh diambil setiap hari atau sebagai pengantian agar tubuh anda mendapat semua nutrisi penting untuk mencapai kesihatan keseluruhan. 

 Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink boleh dicampur dengan susu tanpa lemak, air soya atau jus buah-buahan untuk menjadikan bancuhan shake yang lazat. Anda juga boleh mencipta resipi shake anda sendiri dengan mencampurkan buah-buahan segar dan rempah. Untuk penerangan lanjut, baca label. 

 Formula 1 ditawarkan dalam 5 perasa: 
  • French Vanilla 
  • Tropical Fruit 
  • Dutch Chocolate 
  • Cappucino 
  • Strawberry 

· 
 Pengurusan berat badan yang selamat dan berkesan.
 Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink telahpun dicipta dengan formula sains berteknologi tinggi sebagai penganti makanan untuk membekalkan tubuh badan kita dengan nutrisi utama untuk pengurusan berat badan, membekalkan tenaga yang kita perlukan seharian, meningkatkan stamina atau daya tahan dan ketumpatan otot. 

 Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink boleh digunakan dengan produk Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM yang lain dan juga semua produk-produk nutrisi tambahan Herbalife yang lain. 

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink telah menjadi produk utama Herbalife di titik permulaan sejarah Herbalife. Penubuhan Herbalife oleh Mark Hughes, yang pada permulaannya menjual produk ini daripada bonet keretanya. Hari ini, Formula 1 menjadi produk pilihan terbaik di dunia. 

Fakta Pintas:

  • Mengenyangkan, memberikan kepuasan mutlak dan membekalkan tenaga. 
  • Setiap hidangan mengandungi 8.65 grams protein soya. 
  • Kaya dengan serat-serat makanan. 
  • Mengandungi pelbagai vitamin dan mineral termasuklah anti-kotoran penting Vitamin A, C dan E. 


Fakta Nutrisi:

 Saiz Hidangan: 2 Sudu Besar (25g) 
 Hidangan untuk Sebekas: 22


Bahan-bahan: 
 Protein soya pencilan, fruktosa, lecitin soya, minyak soya, gamguar, serabut oat, perisa biskut, bran jagung, kalsium sitrat, fruktooligosakarida, selulosa, protein susu, silicon dioksida, dekstrosa, kalium fosfat karagenan, gam xantan, vanilla, magnesium oksida, minyak kanola, asid askorbik, ferus fumarat, sitrus pectin, serbuk madu, dl-alfa tokorefil asetat, niasinamida, serbuk pasli, serbuk campuran papaya, zink oksida, kuprum glukonat, vitamin A palmitat, asid pantotenik, vitamin D, campuran antioksidan (dl-alfa tokoferil asetat, askorbil palmitat, lesitin), piridoksida hidroklorida, sianokobalamina, mangan karbonat, riboflavin, tiamina, asid folik, kalium iodide, natrium selenit, biotin dan juga mengandungi kondisioner makanan dan bahan perisa yang dibenarkan. 

Arahan: 
 Hanya kisar atau kacaukan 2 sudu besar (25gram) ShapeworksTM Formula 1 dengan 240ml susu tanpa lemak, jus atau minuman kegemaran. 

Untuk kesihatan keseluruhan: 
 Disyorkan untuk menganti satu hidangan setiap hari dengan shake lazat ShapeworkTM Formula 1. 

Untuk pengurusan berat badan: 
 Disyorkan untuk menganti dua hidangan dengan shake lazat ShapeworkTM Formula 1. 

Untuk hasil Maksimum: 
 Gunakan produk ini bersama-sama dengan ShapeWorksTM Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder. 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mengesan, merawat, mengubat atau mengelakkan sebarang penyakit, ia cuma masuk akal bahawa apabila kita memberikan nutrisi dan zat-zat makanan yang lengkap kepada tubuh badan kita, ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa ini akan berfungsi baik untuk melawan atau menghindar penyakit dengan amat berkesan.

Gemuk itu penyakit!


Assalamualaikum.


 Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan kepada para pembaca yang sudi meluangkan masa untuk singgah di blog ini. saya merupakan pengedar bebas produk kesihatan Herbalife dan tujuan saya menerbitkan blog ini adalah untuk berkongsi tips kesihatan kepada para pembaca. sedikit pengenalan mengenai diri saya, saya merupakan pelajar tahun ke-3 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

 Gemuk itu penyakit! 

 Like seriously benda ni selalu terjadi pada golongan yang 'comel dan gebu' ahaa! ada tak di antara korang yang pernah merasa pengalaman pujian dalam sindiran. pujian dalam sindiran? acane tu johan? hehe.

 Contohnya korang terserempak dengan kawan korang dekat pusat membeli-belah lalu dengan niat yang suci murni berjalan menghampirinya untuk bertegur sapa.

Korang: Hei Saripah apa kau buat dekat sini? lama tak jumpa kau! *muka eksaited*
Saripah: Wahhhh Rokiah tak sangka boleh jumpa kau dekat sini! hamboi hamboi hamboi *gaya Azwan Ali* makin sihat aku tengok kau! hehehe.
Korang: *diam sekejap* (dalam hati rasa nak pelempang laju-laju!)

 Perkataan 'sihat' yang disemburkan dekat muka korang tadi sebenarnya bukanlah pujian tetapi lebih kepada sindiran. hairan bukan? mentaliti masyarakat Malaysia segelintirnya tidak peka dan sensitif dengan perasaan orang lain. memanglah bagi mereka itu hanya gurauan semata-mata. tetapi kesan psikologi itu berbekas kepada mereka yang menerima 'pujian' berbaur sindiran itu. kan? kan? kan?

16.8 juta rakyat Malaysia menghidap obesiti hampir separuh penduduk Malaysia!


 Mungkin ada di antara korang yang 'comel dan gebu' ni akan cakap:

 ''alah biarlah dia saja je melawak dengan aku yang kau ni nak sibuk kenapa? dia kawan baik aku kot sepuluh tahun aku kenal dia. aku gemuk pun janji tak ada penyakit kira oklah kan?'' 

 Bila ada di antara korang yang berfikiran seperti ini sebenarnya korang letakkan diri korang dalam zon bencana. banyak lagi akan saya bakal kongsikan dengan anda kenapa gemuk itu penyakit.

Kita tak patut berbangga dengan masalah obesiti yang menular di Malaysia!


 Jom bersama saya kita lawan obesiti! Malaysia tak nak obesiti! ;)

Lose weight ask me how! :D